RM250,000 Diperuntukan Bagi Projek Laman Budaya Pelancongan Lenggong

August 27, 2025

Sebagai usaha membangunkan kawasan Laman Budaya Pelancongan Lenggong, sebanyak RM250,000 diperuntukan.

Menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah daripada jumlah itu RM100,000 disumbangkan oleh Menteri Besar Perak.

“RM250,000 di peruntukan dimana RM100,000 daripadanya disumbangkan oleh YAB Menteri Besar Perak.

“Kawasan Laman Budaya Pelancongan Lenggong akan dilengkapi dengan pelbagai maklumat penting pelancongan di Lenggong. Dan diantaranya akan dilengkapkan disini ialah Skrin Besar LED dan sebagainya.”

Beliau berkata demikian selepas meninjau Laman Budaya di bawah Majlis Pelancongan Lenggong pada Ahad.

“Saya meninjau Laman Budaya yang akan dinaiktaraf dan akan menjadi suatu Pusat Kegiatan Pelancongan dan Pusat Info Pelancongan Lenggong.”

Sesuai dengan Lenggong Kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Kawasan Lenggong Geopark pelbagai sumber maklumat penting akan diletakkan di Laman Budaya Pelancongan Lenggong ini bagi memudahkan pengunjung atau Pelancong ke Lenggong mendapat maklumat.

 

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help