Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong telah memperjuangkan nasib penduduk di Lenggong dalam menangani masalah banjir.
Menurut beliau sejak menjadi ahli Parlimen kawasan itu pada 2008 beliau telah memberi fokus utama bagi menyelesaikan masalah banjir.
“Sejak mula saya menjadi Ahli Parlimen Lenggong 2008 antara masalah yang menjadi fokus saya ialah menyelesaikan masalah banjir di Kawasan Parlimen Lenggong.
“Allhamdulillah, biarpun ia tidak akan selesaikan semua masalah namun projek ini akan membantu menyelesaikan beberapa masalah yang timbul akibat banjir, yang sering berlaku, saya harap perlaksanaannya berjalan mengikut jadual yang dirancang.”
Shamsul turut merakamkan penghargaan di atas penyaluran peruntukkan RM20 juta bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lenggong.
” Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan dan semua kerana akhirnya projek yang sangat penting di Lenggong yang diperjuang sejak sekian lama akan dilaksanakan tidak lama lagi.”
Beliau berkata demikian selepas hadir mesyuarat dan taklimat projek RTB Lenggong Fasa 1 Di Pejabat Daerah Lenggong.
“Saya hari ini 24.9.2025 di Pejabat Daerah Lenggong memgadakan beberapa perbincangan dan mendengar penjelasan berkaitan perkembangan perlaksanan Projek RTB Gerik yang sedang dilaksanakan.
“Sebahagian daripada projek ini melibatkan Kawasan Parlimen Lenggong dimana antara kawasan yang terlibat di Kawasan Padang Kunyit, Kampong Padang dan Kuala Kenderong.”



