RM2.3 Juta Naik Taraf Penjara, Pejabat Parol Di Kedah

May 30, 2023

ALOR SETAR: Kerajaan memperuntukkan lebih RM2.3 juta bagi menaiktaraf beberapa aspek di penjara dalam negeri ini agar kemudahan, keselamatan, kebajikan petugas serta keupayaan memberi latihan kepada tahanan selari dengan peredaran zaman.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan penjara di negara ini berada pada tahap terbaik dan setanding dengan penjara lain di seluruh dunia.

Menerusi peruntukan tersebut katanya, sebanyak RM685,000 disediakan bagi kerja-kerja pembaikan kuarters kakitangan penjara di Alor Setar dan Sungai Petani.

“Manakala sebanyak RM1.7 juta lagi diperuntukkan bagi tujuan pembaikan serta penyelenggaraan pejabat parol daerah antaranya di Kota Setar, Sungai Petani, Pokok Sena dan Akademi Koreksional di Langkawi.

“Langkah ini diambil bagi memastikan kebajikan para pegawai dan anggota terpelihara. Dalam masa sama, kita mahu memastikan agar penjara tidak sekadar menjadi pusat tahanan sebaliknya turut diubah suai sebagai pusat latihan bagi memberi peluang kedua kepada semua tahanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kelab Kedah Diraja di sini, hari ini.

Sementara itu, Shamsul berkata, peranan Rela di negara ini tidak seharusnya dipandang ‘sebelah mata’ kerana mereka memainkan peranan penting sebagai sebuah agensi yang dekat dengan rakyat.

“Selain sumbangan daripada pihak polis dan agensi beruniform lain, Rela juga memainkan peranan cukup penting terutamanya ketika bencana dan musibah. Disebabkan itu KDN mahu memastikan agar kebajikan mereka juga terpelihara sepanjang masa,” katanya. –UTUSAN

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/rm2-3-juta-naik-taraf-penjara-pejabat-parol-di-kedah/

Bernama: https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2193765
Buletin TV3: https://www.buletintv3.my/nasional/kdn-salur-peruntukan-rm2-3-juta-untuk-pembaikan-penjara-ppd-di-kedah/
Astro Awani: https://www.astroawani.com/videos/video-terkini-x7sio1/kerajaan-peruntuk-rm23-juta-naik-taraf-penjara-di-kedah-x8ldfc8
Berita RTM: https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/semasa/64465-kdn-peruntukan-lebih-rm2-3-juta-baik-pulih-penjara-dan-ppd-kedah

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help