Reunion Bekas Guru-Guru Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II Gerik
Saya lalui hari yang sangat istimewa hari ini. Dapat bertemu guru guru yang mendidik saya di Majlis Reunion Bekas Guru Guru SMSIS II Gerik apabila saya turut dijemput hadir di majlis ini. Ramai yang datang ke majlis ini.
Mereka sangat saya hormati. Jasa mendidik, memberi ilmu kepada saya, pasti tidak terbalas oleh saya.
Cikgu Saarani (MB Perak) adalah cikgu saya.
Selain Cikgu Mustafa Ahmad, Cikgu Jamaliah Abdul Rahman, Cikgu Mokhtar Hashim, Cikgu Zahari Ariffin, Cikgu Hassan Rawi dan ramai lagi yang tidak dapat disebut satu persatu.
Ramai guru saya disini kerana saya mula belajar di SMSIS 11 Gerik dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas.
Dan ramai juga yang telah pergi menemui pencipta antaranya Cikgu Hasbullah Osman. Al Fatihah buat mereka..jasa semua amat bernilai dan tiada terbalas.