RENTAP Fighting Championship 2026 Berlangsung Di Taiping
TAIPING – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah hari ini hadir menyaksikan RENTAP Fighting Championship 2026 yang berlangsung di Taiping, Perak.
Kehadiran beliau adalah atas undangan Yang Dihormati Ketua Penolong Komisioner (SAC) Zulfikar Mohd Ghazali, Komanden Pasukan Polis Hutan (Polapol) Kuching yang juga merupakan Presiden WBC MuayThai Malaysia, bagi menyaksikan aksi sukan Muay Thai dalam kejohanan tersebut.
Dalam perlawanan yang dinantikan, anak sulung SAC Zulfikar iaitu Muhammad Elias Ghazali telah mewakili Malaysia menentang peserta dari Kazakhstan. Pertandingan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada wakil Malaysia, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas sukan tempur antarabangsa.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar merakamkan ucapan tahniah kepada SAC Zulfikar serta keluarga beliau atas kejayaan tersebut, sambil menyatakan rasa bangga memandangkan keluarga SAC Zulfikar berasal dari Lenggong, Perak.
“Tahniah dan hebat. Bangga saya melihat kehebatan SAC Zulfikar dan keluarganya yang asal usulnya juga dari Lenggong,” kata beliau.
Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat sukan tempur negara terus berkembang dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

