RELASIS Sabah Bagi Lahirkan Generasi Muda Berdisiplin, Berjiwa Patriotik

November 11, 2025

Penubuhan RELASIS bertujuan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berjiwa patriotik dan peka terhadap keselamatan komuniti.

Inisiatif ini menjadi pelantar penting bagi pelajar institusi pengajian tinggi menyalurkan semangat kesukarelawanan serta membentuk jati diri kepimpinan yang seimbang, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

Majlis Pentauliahan RELASIS Sabah 2025 telah disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan pada masa yang sama turut diadakan Program Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Dalam Negeri Bersama Warga RELA dan Masyarakat Tuaran, Sabah, yang berlangsung di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah.

Semangat kesukarelawanan dan perpaduan terus disemarakkan melalui Majlis Pentauliahan RELASIS Sabah 2025 yang disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri, turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RELA, Mahather Smoh.

Selain Datin Seri Hamisah Hussin isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri ( KDN ) turut sama ialah wakil wakil Ketua Jabatan dan Agensi KDN Sabah.

Kehadiran mereka menyerikan majlis dalam suasana penuh mesra dan harmoni, sekali gus meraikan warga RELASIS serta anggota RELA yang komited menabur bakti kepada masyarakat.

Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan dan penyerahan sumbangan bakul makanan kepada masyarakat setempat, mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan antara kepimpinan kementerian dengan rakyat.

YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa menyantuni masyarakat dan anggota RELA, menzahirkan penghargaan atas dedikasi mereka dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan komuniti setempat sentiasa terpelihara.

Program ini menjunjung tinggi nilai-nilai Malaysia MADANI, khususnya keprihatinan, kesejahteraan dan kebersamaan, yang menjadi tunjang kepada usaha memperkukuh perpaduan nasional serta pembinaan masyarakat berdaya tahan dan harmoni.

 

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help