Ramah Mesra Warga RELA Negeri Sembilan Bersama YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi TPM Malaysia
Program Ramah Mesra YAB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Bersama Anggota RELA Negeri Sembilan hari ini bertempat di Dewan The Grand, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan telah berjalan dengan penuh semangat dan meriah.
Lebih 2,000 anggota RELA Negeri Sembilan dan tetamu telah hadir memeriahkan program ini.
Saya juga urut hadir dan bersama hadir ialah YBhg. Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN), YDH Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara, YBhg. Datuk Yahya Sulaiman, Ketua Pengarah RELA, pegawai-pegawai kanan KDN & RELA serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN sebagai tanda sokongan.
Pada majlis berkenaan, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyerahkan Kit Penugasan Rondaan Komuniti dan Monsun Timur Laut (MTL) sebagai simbolik kepada penugasan RELA dan penyerahan sumbangan kebajikan berupa kerusi roda kepada anggota RELA setempat yang ditimpa kemalangan di tempat kerja serta diserang penyakit strok.
Lebih istimewa apabila YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan peruntukan membina rumah kepada anggota RELA yang memerlukan. Ini menaikan lagi semangat kepada anggota RELA seluruh negara.