Ramah Mesra Bersama Warga RELA Parlimen Lenggong

January 8, 2024

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Hj. Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Program Ramah Mesra dan Perjumpaan Bersama Warga RELA Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Kompleks Komuniti Desa KEMAS, Lenggong.

Pada majlis tersebut, YB Timbalan Menteri KDN telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Agensi yang bekerjasama dengan RELA Negeri Perak ialah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) Negeri Perak, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Perak & Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak. Pada majlis sama, YB Timbalan Menteri telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 15 Anggota Veteran RELA bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka terdahulu kepada RELA.

Turut hadir YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim Bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg. KPjR Yahya Bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA, YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri Bin Hj. Hassan Basri, Ketua Polis Negeri Perak dan YBrs. TPjR Khairol Faizal Bin Rosli, Pengarah RELA Negeri Perak.

#KeselamatanTanggungjawabBersama #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KementerianDalamNegeri #kdnmadani

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help