Ramah Mesra Bersama Warga RELA & Masyarakat Merotai Kalabakan Sabah
TAWAU, 19 Oktober 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama dengan warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan masyarakat setempat di Dewan Dato’ Seri Najib, Merotai, Sabah.
Hadir sama ialah Pengarah Operasi RELA Malaysia, Pengarah RELA Sabah, Ybhg Datuk Ruji Ubi Mantan KSU KDN, En Shamsudin Yassin dan Ketua Jabatan serta Agensi di bawah KDN dan lebih 500 tetamu termasuk anggota RELA Kalabakan dan Tawau Sabah.
Program ini menjadi pelantar untuk memperkukuh hubungan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), RELA dengan komuniti tempatan, selain menghargai sumbangan anggota RELA yang menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan masyarakat.
YB Timbalan Menteri turut menyampaikan penghargaan kepada anggota RELA yang menunjukkan prestasi cemerlang serta menegaskan komitmen KDN untuk terus memperkukuh peranan RELA sebagai barisan hadapan keselamatan komuniti.
#MalaysiaMADANI
#KDNSejahteraMADANI
#RELABersamaRakyat
#KDNReformasiMADANI
#RancakkanMADANI

