Ramah Mesra Bersama Warga Polis IPD Pengkalan Hulu & Persatuan Pesara Polis Pengkalan Hulu

April 15, 2024

Saya ucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk bertemu dalam Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengahari Bersama Warga PDRM dan Veteran Polis
Pengkalan Hulu pada hari ini.

Saya sememangnya sentiasa menanti-nantikan peluang untuk bertemu dengan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat daerah kerana merek semua adalah merupakan jentera penggerak utama di peringkat daerah dalam memastikan keamanan, ketenteraman awam dan keselamatan negara terpelihara.

KDN memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai terutamanya keselamatan dan ketenteraman awam. Semua ini penting kerana ia merupakan tunjang bagi pembangunan negara. Tanpa keadaan yang aman dalam negara akan menyukarkan usaha Kerajaan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Justeru, KDN juga pada tahun ini telah bertindak dengan lebih proaktif dan telah mengenalpasti inisiatif-inisiatif bold, brave and radical yang harus dilaksanakan pada tahun ini. Antara yang menjadi tumpuan utama dan fokus KDN pada tahun 2024 ini adalah bagi pemantapan pengurusan pekerja asing, pengukuhan kawalan sempadan, pindaan kepada Bahagian III Perlembagaan Persekutuan (kewarganegaraan), pembanterasan estremisme dan terorisme, pembanterasan jenayah online dan seksual, serta mengurangkan kesesakan penjara.

Saya bangga kerana memasuki suku tahun kedua ini, kesemua inisiatif yang telah dirancang oleh Kementerian telah berjalan seperti yang dirancang. Pada sidang Parlimen pertama ini juga, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang Polis (Pindaan) 2024. KDN turut membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) di Dewan Rakyat.

Selain itu, Pembanterasan jenayah online dan seksual juga menjadi keutamaan apabila melihat kepada kes-kes berkaitan penipuan dalam talian dan jenayah seksual terutamanya melibatkan kanak- kanak serta wanita yang semakin meningkat. PDRM giat melaksanakan program pencegahan jenayah online bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak menjadi mangsa online scam. Begitu juga bagi kes jenayah seksual, PDRM mensasarkan peningkatan ke atas kadar penyelesaian kertas siasatan.

MAJLIS ini dihadiri YBhg. DCP Dato’ Pahlawan Azizi bin Mat Aris
Timbalan Ketua Polis Perak

YBrs. DSP Zulkepli bin Ibrahim
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu

YBrs DSP Zulkepli Mahmud
Ketua Polis Daerah Gerik

Pegawai Pegawai KDN

Pegawai Pegawai Polis Bukit Aman dan Kontinjen Perak

Barisan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu

Selain dihadiri juga oleh warga IPD Pengkalan Hulu serta Pimpinan Persatuan Pesara Polis Pengkalan Hulu.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help