Ramah Mesra Bersama Warga Parlimen Serta Perwakilan & Pemerhati UMNO Bahagian Lenggong
Ramah mesra bersama warga Parlimen di Kuala Lumpur dan sekitar, serta perwakilan dan pemerhati UMNO Bahagian Lenggong (PAU 2025), akan berlangsung pada 16 Januari 2026, jam 8.30 malam di Jiwa Kuala Lumpur, Kompleks Campbell KL.
Satu permulaan yang baik! Lebih 400 orang hadir dalam majlis ini. Sempena majlis ini, telah dilancarkan KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ANAK RANTAU PARLIMEN LENGGONG SE-MALAYSIA. Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak.
Barisan kepimpinan kelab:
PENGERUSI: Muhammad Solihin Bin Abdul Majid
TIMBALAN PENGERUSI: Saudara Mohd Amin Bin Yaacob
SETIAUSAHA: Sdr Alif Izzatullah Bin Zulyadan
JAWATANKUASA:
- Faizol Bin Malek
- Ahmad Falihin Bin Azmi
- Shamsul Hakimi Shamsul Anuar
- Ahmad Khuzairi Bin Said
- Muhammad Fareez Abdul Samad
Kelab ini berperanan mengadakan pelbagai program dan mengurus apa juga isu berkaitan anak rantau Parlimen Lenggong. Saya berharap kelab ini akan mula mengumpulkan keahliannya dan melebarkannya di setiap negeri.

