Ramah Mesra Bersama Wanita UMNO Sabah Di KDN Putrajaya
PUTRAJAYA – Satu kunjungan rasmi daripada Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah telah diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara telah dibincangkan bagi tujuan memperkukuhkan UMNO, khususnya di Negeri Sabah. Perbincangan turut menyentuh aspek pengukuhan gerak kerja, penyelarasan jentera, serta mempererat kerjasama dalam kalangan kepimpinan Wanita UMNO Sabah.
Pertemuan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk memperkukuh organisasi parti dan memperkasa peranan Wanita UMNO di Sabah.

