Ramah Mesra Bersama UMNO Bahagian Tangga Batu Melaka

April 30, 2024

BINALAH KEKUATAN
Mari kita pereratkan hubungan serta perpaduan dikalangan pemimpin dan ahli disemua peringkat. Ujian dihadapan kita mesti kita hadapi dengan bijaksana dan bersama menempuhnya.

Perlu diingat perjuangan kita selama ini ialah membela rakyat. Kita mesti teruskan peranan murni ini. Dan percayalah rakyat akan bersama kita. Jika ini kekal kita laksanakan dan sentiasa bersama rakyat.

Maka, mari teruskan kita bina kekuatan serta menarik semula sokongan rakyat kepada UMNO BN.Khususnya sokongan daripada orang Melayu yang kuat menyokong kita selama ini.

Formulanya bagaimana ? Tiada cara lain. Kukuhkan perpaduan sesama kita. Ikhlaskan perjuangan kita. Focuskan kerja kita untuk membina imej baik parti dikalangan rakyat. Jangan pamerkan imej buruk kepada rakyat. Sentiasalah bersama rakyat.

Saya yakin kita mampu lakukannya. Jika kita bersama usahakannya.

Justeru mari kita bersama memainkan peranan. Gunakan kuasa dan kedudukan yang parti dan ahli berikan untuk bina kekuatan UMNO BN. Jika kita letakkan parti sebagai keutamaan. UMNO BN pasti akan kuat.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help