Ramah Mesra Bersama Pegawai & Anggota RELA Daerah Johor Bahru

June 19, 2026

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengadakan sesi ramah mesra bersama pegawai dan anggota RELA Daerah Johor Bahru, Johor pada Jumaat.

Sesi yang bermula pada jam 9 pagi itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan warga RELA di peringkat daerah.

Kehadiran Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar memperlihatkan keprihatinan serta penghargaan kepimpinan kementerian terhadap peranan dan sumbangan anggota RELA dalam membantu menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.

Sesi ramah mesra seumpama ini dilihat mampu memupuk semangat kekitaan serta memberi motivasi kepada warga RELA untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada masyarakat dan negara.

Ia merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar ke Johor yang turut melibatkan beberapa program bersama agensi di bawah KDN di negeri tersebut.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help