Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Parlimen Lenggong

April 13, 2026

LENGGONG – Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Parlimen Lenggong telah berlangsung di Dewan Masyarakat India Lenggong, Kota Tampan, Lenggong.

Dalam program tersebut, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa khidmat dan bantuan kepada rakyat perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tidak berkira. Beliau turut menyeru agar usaha berkhidmat diteruskan walau di mana seseorang berada, di samping membantu sekadar semampu yang boleh.

Program ini dianjurkan sebagai wadah untuk memperkukuh hubungan silaturahim, menyemai semangat perpaduan, serta mempererat kerjasama antara pimpinan setempat dan masyarakat India di kawasan Parlimen Lenggong. Penganjuran program turut memberi ruang interaksi secara langsung bagi mendengar pandangan dan aspirasi komuniti, di samping membincangkan isu semasa berkaitan kebajikan serta pembangunan setempat.

Sepanjang program berlangsung, suasana mesra dan harmoni jelas mencerminkan komitmen semua pihak dalam memperkukuh kebersamaan masyarakat berbilang kaum. Penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan program, serta berharap inisiatif seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan demi memastikan kesejahteraan komuniti sentiasa terbela dan pembangunan setempat dapat dilaksanakan secara inklusif.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help