LONDON – Menteri Shamsul Anuar Nasarah telah meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama komuniti Despora Malaysia di London sempena lawatan rasmi beliau ke United Kingdom. Majlis ini berlangsung pada 12 Mac 2026, jam 6.00 petang, bersempena kehadiran beliau ke Persidangan Home Office Security and Policing 2026.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke London dan Ireland. Acara ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia di perantauan serta berkongsi perkembangan semasa negara.
Shamsul Anuar Nasarah menyatakan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan oleh komuniti Despora Malaysia di London dan berharap hubungan erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


