Kehebatan sebuah parti politik tetap dinilai berasaskan kuasa yang dimilikinya. Demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang berpendapat bahawa tidak lengkap atau bermakna jika kuasa memerintah masih tiada ditangan UMNO.
Jelas beliau, landskap dan situasi politik kini sudah berubah. UMNO mesti punyai kekuatan menghadapi perubahan dihadapannya. Namun melakukan perubahan bukan bermakna mengadai segala prinsip serta ideologi perjuangannya demi sebuah kuasa.
“Melakukan perubahan antaranya bermaksud kita bersama memperbetulkan kesilapan yang menyebabkan UMNO hilang kuasa setelah lebih 60 tahun berada dipuncak,” katanya menerusi hantaran facebook.
Beliau juga meggariskan beberapa perkara wajib yang UMNO perlu lakukan bagi menghadapi PRU15 yang akan datang. Antaranya ;
HIASILAH WAJAH UMNO : Agar lebih segar, lebih bertenaga dan dilihat hebat dimata rakyat bukan hanya dimata ahli atau anggotanya sahaja. Kerana rakyatlah yang akan menentukan kedudukan UMNO.
UTAMAKANLAH PARTI & PERJUANGAN: Kerana rakyat menilai, ahli memerhati. Maka kita mesti ikhlas bila berjuang. Sentiasalah meletakkan parti sebagai keutamaan melebihi yang lain.
BERPADULAH KITA DAN USAH BERPECAH: Ini penting agar UMNO dipandang kuat, tidak berpecah, harmoni, seia sekata, kerana kunci kepada kekuatan UMNO ialah apabila kita bersatupadu dan tidak berpecahbelah.
BEKERJA & DEKATILAH RAKYAT: Percayalah jika UMNO dekati rakyat. Rakyat akan dekati UMNO. Rakyat mahukan pembelaan. Nasib mereka mesti diperjuangkan. Kalau UMNO mahu mereka, penuhilah kehendak mereka. Ingatlah, bekerja & mendekati rakyat bukan bermusim. Ianya mesti jujur dan sentiasa dilakukan.
BERSIAPSEDIALAH : Untuk menang persiapan mesti lengkap. Bacaan datanya mesti tepat. Jentera parti mesti sempurna. Sasaran UMNO mesti jelas & menepati semua kelompok bukan sekadar memenuhi impian ahli sahaja dan meninggalkan rakyat.
Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyeru agar semua kepimpinan serta ahli UMNO mengambil iktibar dan bermuhasabah diri ; bersedikah UMNO untuk memenangi PRU 15?
“UMNO mesti bijaksana. Membuat keputusan, jangan beremosi dan perlu penelitian. Agar ia betul, tepat dan menguntungkan UMNO dihari ini dan di masa hadapan,
“Bersuaralah. Namun jangan merosakkan parti sendiri. Seranglah musuh. Musuh sebenar. Sesekali jangan menembak diri sendiri,” katanya.
Sumber: https://www.bnnewsonline.com/raikan-usia-75-tahun-umno-dengan-semangat-iktizam-baru/