Rafizi Cuma Nak Tumpang Populariti Najib Di Media Sosial

April 3, 2022

KENYATAAN Rafizi Ramli yang mahu berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Najib Razak, adalah sesuatu yang mudah dibaca, kata Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu berkata ini kerana Rafizi mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan kembali aktif berpolitik.

Menurutnya, realitinya tiada apa jasa Rafizi yang boleh dibanggakan selain janji kosong dan formula tidak masuk akal yang diutarakannya.

“Kepada Rafizi kita nak nasihat sikit. Kalau mahu menjadi pemimpin hebat. Perlihatkanlah kredibiliti dan idea kamu yang hebat. Namun setakat ini nampaknya tiada. Rakyat bijaksana dan boleh menilai semua ini.

“Maka kerana itulah, Rafizi cuba dan mahu menggunakan populariti Najib untuk menaikkan semula namanya semua yang selama ini sudah tenggelam dan rosak akibat idea longkangnya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Shamsul Anuar berkata Rafizi sebenarnya menghadapi laluan sengit apabila berdepan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Saya yakin Najib Razak tahu strategi Rafizi Ramli ni, jadi hati hati ya,” katanya lagi.

Semalam, media melaporkan, Rafizi bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Najib bagi merungkai isu-isu ketika pentadbiran dan selepas pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

“Saya setuju untuk berdebat dengan Najib, kalau mana-mana pihak nak jemput saya berdebat boleh cuma masalahnya saya yakin Najib tidak akan setuju,” katanya.

Susulajn itu, Najib menyatakan kesediaan untuk menerima cabaran Rafizi untuk berdebat isu Sapura Energy Bhd.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri, berkata namun Rafizi perlu memanggil Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turut sama dalam sesi debat berkenaan. – Malaysiapost

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/04/03/rafizi-cuma-nak-tumpang-populariti-najib-di-media-sosial/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help