Puteri UMNO Lenggong Dekati Masyarakat Kg Gelok

January 31, 2026

LENGGONG – Puteri UMNO Bahagian Lenggong turun padang mendekati masyarakat setempat dengan mengadakan lawatan ke Kampung Gelok, Lenggong.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Puteri UMNO untuk memperkukuh peranan mereka di peringkat akar umbi, selain memastikan kehadiran parti terus dirasai oleh penduduk kampung.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, mengucapkan tahniah kepada Puteri UMNO Bahagian Lenggong atas komitmen dan usaha mereka dalam menjayakan aktiviti ini.

Program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, malah memberi peluang kepada Puteri UMNO untuk memahami keperluan serta aspirasi penduduk setempat. Kehadiran mereka di kampung juga menjadi simbol keprihatinan dan kesungguhan parti dalam membela nasib rakyat.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help