PUSPANITA KDN Selami Keunikan Makanan Tradisional Lenggong

October 5, 2026

LENGGONG – Delegasi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneruskan program di Lembah Lenggong dengan mengunjungi Galeri Makanan Tradisional Lenggong.

Lawatan itu diadakan sempena Program Team Building PUSPANITA KDN di Lembah Lenggong. Turut serta ialah isteri Ketua Setiausaha KDN, isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datin Hamisah Hussin, serta beberapa isteri Ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Galeri tersebut mempamerkan pelbagai warisan makanan tradisional masyarakat setempat, sekali gus memperkenalkan keunikan citarasa dan budaya kulinari Lenggong kepada pengunjung.

Lenggong sememangnya terkenal dengan produk makanan tradisional seperti ikan pekasam, yang sinonim dengan daerah ini dan menjadi buah tangan popular dalam kalangan pelancong.

Selain menghargai warisan kulinari, lawatan seperti ini turut membantu menyokong usahawan kecil dan industri makanan tempatan, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Lenggong merupakan satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia yang memiliki dwi-pengiktirafan UNESCO, iaitu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012 dan Lenggong UNESCO Global Geopark yang diiktiraf secara rasmi pada 28 April lalu di ibu pejabat UNESCO, Paris.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help