PUSPANITA KDN Lawat Tapak Arkeologi Gua Kajang Lenggong

October 5, 2026

LENGGONG – Delegasi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan lawatan ke Gua Kajang, Lenggong, sempena Program Team Building PUSPANITA KDN yang diadakan di Lembah Lenggong.

Lawatan tersebut disertai oleh isteri Ketua Setiausaha KDN, isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datin Hamisah Hussin, serta beberapa isteri Ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Gua Kajang merupakan antara tapak arkeologi penting di Lembah Lenggong yang merekodkan kesan penempatan manusia prasejarah, sekali gus mencerminkan kekayaan warisan sejarah kawasan tersebut.

Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk mendalami sejarah awal tamadun manusia di rantau ini, di samping memperkukuh semangat kerjasama dan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA KDN.

Lembah Lenggong merupakan satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia yang menerima dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO, iaitu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012 dan Lenggong UNESCO Global Geopark yang diiktiraf secara rasmi pada 28 April 2026 di ibu pejabat UNESCO, Paris.

Lawatan seumpama ini dijangka dapat menyokong usaha mempromosikan Lenggong sebagai destinasi pelancongan warisan dan alam semula jadi bertaraf antarabangsa, di samping menjana manfaat ekonomi kepada masyarakat setempat.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help