PRU15 Peluang Tamatkan Hayat Politik Tun M, Anwar

November 8, 2022

PENGARAH Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah masa terbaik untuk menamatkan hayat politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga calon BN di Parlimen Lenggong berkata, hakikatnya rakyat sudah letih dengan ketidakstabilan politik negara ini angkara Dr Mahathir dan Anwar.

“Ramai di kalangan pengundi bawah 40 tahun membesar bersama kisah pertelingkahan politik mereka berdua yang tidak berkesudahan.

“Sudah sampai masa untuk kita hentikan semua ini. Diakibatkan mereka berdua, kita dan Malaysia menghadapi banyak masalah. Malaysia akan rugi jika kedua mereka masih diberikan peluang,” katanya dalam hantaran Facebook.

Justeru, beliau menyarankan pengundi supaya meninggalkan dua figura politik berkenaan demi kestabilan dan kemakmuran negara.

“Justeru, 19.11.2022 adalah masa yang sesuai untuk menamatkan hayat politik mereka demi kestabilan dan kemakmuran rakyat Malaysia.

“Malaysia mesti bergerak kehadapan. Kita mampu kehadapan tanpa mereka berdua. Marilah kita lakukan dengan mengundi BN,” katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), mendakwa banyak kejayaan dilakukan ketika beliau menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan walaupun disifatkan sebaliknya oleh Anwar.

Menjawab kritikan Anwar terhadap pentadbirannya, Dr Mahathir berkata, ada beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan ketika itu kerana kekangan tertentu.

“Takkan dia (Anwar) nak puji saya, dia yang rosakkan negara.Dia hanya fikir mahu jadi Perdana Menteri saja. Konon dia banyak penyokong tapi mana dia penyokong itu bila kita tak cukup orang (sokongan),” katanya. – Malaysiapost

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/11/08/pru15-peluang-tamatkan-hayat-politik-tun-m-anwar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pru15-peluang-tamatkan-hayat-politik-tun-m-anwar

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help