Promosi Pelancongan Lenggong Di Jakarta, Indonesia

May 26, 2026

JAKARTA – Pelancongan Lenggong terus diperkasa di peringkat antarabangsa apabila promosi Lenggong, yang mengetengahkan Lenggong UNESCO Global Geopark serta Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, diteruskan di Jakarta, Indonesia. Inisiatif promosi ini merupakan kesinambungan usaha memperkenalkan Lenggong ke persada dunia selepas program promosi terdahulu di Paris dan London.

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Tourism Malaysia (Jakarta), serta pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Indonesia atas kerjasama dan bantuan yang diberikan bagi menjayakan usaha promosi tersebut.

Majlis Pelancongan Lenggong akan terus komited dan berusaha secara berterusan untuk mempromosikan Lenggong ke peringkat global, selaras dengan potensi destinasi itu sebagai produk pelancongan berasaskan geopark dan warisan bertaraf dunia.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah turut mengadakan pertemuan bersama Penasihat Kedutaan Malaysia di Jakarta serta pegawai-pegawai Malaysia daripada pelbagai jabatan dan agensi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada jam 12.30 tengah hari, 25 Mei 2026. Beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai beliau sepanjang program tersebut.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help