Promosi Lenggong Ke pasaran UK, Shamsul Kunjungi Tourism Malaysia London

April 30, 2026

LONDON – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meneruskan usaha mempromosikan Lenggong di peringkat antarabangsa melalui kunjungan rasmi ke Tourism Malaysia di London, United Kingdom pada 29 April 2026, jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Menurut beliau, lawatan ke London itu dibuat selepas kunjungannya ke ibu pejabat UNESCO di Paris bagi menghadiri acara penerimaan sijil pengiktirafan Lenggong sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark, selain sesi promosi Lenggong melalui Tourism Malaysia di Paris.

Beliau memaklumkan, pertemuan di Tourism Malaysia London tersebut telah disusun oleh Majlis Pelancongan Lenggong dan bertujuan untuk memperkukuh promosi Lenggong UNESCO Global Geopark serta Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO di pasaran pelancongan United Kingdom.

Kunjungan itu turut disertai Pengerusi dan jawatankuasa Badan Pengurusan Lenggong Geopark, bersama-sama wakil Majlis Pelancongan Lenggong, sebagai sebahagian daripada gerak kerja terancang untuk memperluas jaringan kerjasama dan mempertingkat keterlihatan Lenggong sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan serta geopelancongan di peringkat global.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus memperhebatkan promosi Lenggong secara konsisten di luar negara bagi menarik minat pelancong antarabangsa, di samping memperkenalkan keunikan landskap geologi, nilai warisan dunia dan potensi ekopelancongan yang dimiliki daerah tersebut.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help