SeptemberProjek Solar Berskala Besar Di Sabah Diteruskan

September 25, 2020

Kota Kinabalu – Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Projek Solar Berskala Besar (Large Scale Solar – LSS) yang tertangguh lebih empat (4) tahun bagi bidaan pusingan pertama tahun 2016 dan tiga (3) tahun bagi bidaan pusingan kedua tahun 2017.

Ini susulan dari kesediaan pembida-pembida yang berjaya berunding dengan pihak Kerajaan bagi menurunkan harga tawaran asal berikutan penurunan harga panel solar dan inverter di pasaran.
Dengan persetujuan ini sebanyak 63 MW kapasiti penjanaan dari tenaga suria, salah satu komponen Tenaga Boleh Baru (TBB) akan dapat dihasilkan.

Sebelas (11) pembida yang telah berjaya dalam LSS1 dan LSS2 yang sebahagian besarnya pelabur tempatan akan dapat meneruskan pelaksanaan projek dengan pelaburan yang dianggarkan berjumlah RM250 juta dan boleh memberi peluang pekerjaan kepada lebih 750 penduduk.

Kerajaan juga komited untuk meningkatkan kapasiti penjanaan dari TBB dalam campuran kapasiti penjanaan di samping mengawal bebanan tarif kepada pengguna.

25 September 2020, 10:30 pagi – Hari ini saya mengadakan lawatan ke tapak Projek Pengukuhan Sistem Penghantaran Eletrik Melalui Pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU)132KV bagi PMU Kota Kinabalu Sabah.

YB DATO’ SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links