Projek Pesisiran Pantai Di Pantai Senuk, Pengkalan Chepa Kelantan
Saya mengadakan lawatan dan mendengar taklimat Projek Pesisiran Pantai di Pantai Senuk Pengkalan Chepa Kelantan.
Saya menanam pokok rhu pantai – Casuarina equisetifolia di Pantai Senok, Bachok Kelantan sempena Program Penanaman Persisiran Pantai.
Dalam program tersebut, saya juga diberi taklimat mengenai projek penanaman di kawasan persisiran pantai di negeri Kelantan yang bermula sejak tahun 2000.
Objektif penaman pesisiran pantai di negeri Kelantan adalah untuk mengurangkan kemusnahan akibat hakisan, mewujudkan zon penampan, memulihkan habitat persisiran pantai, meningkatkan kualiti alam sekitar, meperkaya sumber hasil pantai dan memberi nilai estetika sebagai daya tarikan pelancong.
Hadir sama, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Mohd Ridza bin Awang dan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Tuan Hj. Abdul Khalim bin Abu Samah.
#gerik #parlimenlenggong #luat #akisgallery #KeTSA #JPSM