Projek Perumahan Rakyat (PPR) Di Kg Chain Akan Dilaksanakan Semula

October 22, 2021

Ketika 22 bulan PH memerintah PPR Kg Chain, Lenggong yang diluluskan dan upacara pecah tanahnya telahpun dilaksanakan namun dibatalkan. Hasrat penduduk Lenggong untuk memiliki rumah harga murah musnah.

Dan projek yang sepatutnya juga akan membantu membangunkan Lenggong gagal dilaksana.

Namun, Alhamdulillah, ianya masih menjadi rezeki masyarakat di Lenggong. Dan sewaktu saya bertemu YAB Perdana Menteri, beliau telah bersetuju untuk dilaksanakan semula projek ini dan telahpun meminta Menteri KPKT mengambil tindakan lanjut.

Dan YAB Menteri Besar telah bertemu Menteri KPKT bagi menyelesaikan isu projek ini.

Syukur. Semoga sekitar kawasan projek ini akan menjadi tumpuan kerana Masjid Daerah Lenggong yang lengkap dengan pelbagai kemudahan awam termasuk Taman Awam juga akan dibina di sini.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help