Projek Pelancongan Lenggong Geopark
January 17, 2023
Satu lagi projek pelancongan yang dilaksana bagi meningkatkan kawasan tarikan pelancongan di Lenggong.
Saya memperolehi peruntukan daripada YAB PM @ Jabatan Perdana Menteri dan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Lenggong. Projek ini melibatkan naik taraf kawasan Geotrail Tasek Raban Ke Kg Beng iaitu di Batu Ring, Kg Durau dan Jeti Kg Beng sendiri.
Terdapat beberapa lagi projek seumpama ini ia diusahakan oleh Pejabat Daerah Lenggong, Majlis Daerah Lenggong, Pusat Khidmat MP Lenggong, Majlis Pelancongan Lenggong, dan Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopak.