Projek Naiktaraf Kemudahan Sukan & Padang Bola Sepak Lawin Penting – Shamsul

January 5, 2026

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, menyifatkan usaha menaik taraf kemudahan sukan dan padang bola sepak di Lawin, Lenggong sebagai sesuatu yang penting demi kegunaan penduduk setempat.

“Padang Awam Lawin sangat penting kepada rakyat di kawasan ini, namun projek ini menghadapi beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian segera. Saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini kerana ia sangat penting, terutama kepada generasi muda di Kawasan Parlimen Lenggong,” ujar beliau.

Sehubungan itu, satu mesyuarat penyelarasan hala tuju projek naik taraf ini sedang giat dijalankan. “Saya mempengerusikan Mesyuarat Hala Tuju Projek Menaik Taraf Kemudahan Sukan dan Padang Bola Sepak di Kompleks Sukan dan Padang Lawin, Gerik.

“Bersama saya ialah YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KBS, Pengarah ICU JPM Perak, Tuan Jurutera JKR Hulu Perak, dan wakil Majlis Daerah Gerik. Kami berbincang untuk mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah yang berlaku,” tambah beliau.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help