Projek LCS Lewat Kerana PH Tangguh

August 15, 2022

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dibidas kerana didakwa terus memainkan isu berhubung kelewatan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata projek itu lewat disiapkan kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkannya selama 22 bulan memerintah.

“Apa la dia (Wan Saiful) ni. Masih tak faham-faham. Projek ini memang lewat dari jadual asal. Kelewatan ini kerana LCS ditangguh semasa 22 bulan PH memerintah di mana dia adalah sebahagian daripada pemimpin PH.

“Jadi kerajaan PH juga menjadi punca kelewatan. Kemudian negara hadapi Covid-19. Maka, usah pesong faktalah kawan.

“Malah jika ada kesalahan dalam projek ini. Yang berkenaan kenalah hadapi undang undang. Kenapa nak salahkan UMNO pula,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau mengulas kenyataan Wan Saiful yang mendakwa Umno cuba mengalih perhatian rakyat dengan menunjukkan bahawa LCS itu wujud.

Ini kerana katanya, isu sebenar bukan sama ada kapal itu wujud atau tidak, tetapi isunya ialah projek itu sudah terlalu jauh tersasar dari tempoh siap dinyatakan dalam kontrak.

Selain itu, kata Wan Saiful, proses pembinaannya juga tidak sepadan dengan jumlah sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh kerajaan untuk projek berkenaan. – Malaysiapost

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/08/15/projek-lcs-lewat-kerana-ph-tangguh-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links