Program Wanita UMNO Bahagian Lenggong Di Perkarangan Rumah Pak Su Zali Lenggong
Hari ini sempat saya singgah dan menghadiri PROGRAM Wanita UMNO Bahagian Lenggong di Perkarangan Rumah Pak Su Zali Lenggong.
“Kelebihan kami di Lenggong ialah tidak melaksanakan program hanya ketika hampir pilihanraya. Aktiviti dan khidmat kami kepada ahli serta rakyat di Lenggong dilaksana sepanjang masa kerana jika kita mahu rakyat menyokong dan bersama kita, lakukanlah secara ikhlas dan bersamalah rakyat sepanjang masa apatah lagi ketika mereka memerlukan”
Bersama dalam program ini ialah Pn Hjh Rosmaizar Mat Ali Ketua Wanita UMNO bahagian Lenggong, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Lenggong, Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong serta pimpinan Wanita UMNO pelbagai peringkat.
Tahniah kepada Wanita UMNO Lenggong atas program dan aktiviti yang dilaksanakan.