Program Tuisyen Sayangi Lenggong Tahun Ke-10

December 28, 2021

Bermula 2013 program ini telah dilaksanakan oleh saya. Melibatkan pelajar daripada semua Sekolah menengah dalam Kawasan Parlimen Lenggong.

Tuisyennya dinamakan SEMINAR ANAK CEMERLANG dan untuk 2022 dijenamakan semula dengan TUISYEN SAYANGI LENGGONG. Sejak dimulakan melalui LEAD: Lenggong Leadership Program sejumlah RM240,000 (Ringgit: Dua Ratus Empat Puluh Ribu) telah dibelanjakan untuk tuisyen ini yang melibatkan Pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah termasuk Sekolah Tahfiz dalam Kawasan Parlimen Lenggong.

Program yang dianjurkan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak dan semua Sekolah Menengah dan Sekolah Tahfiz dalam Kawasan Parlimen Lenggong ini melibatkan lebih 200 orang guru-guru sebagai tenaga pengajar dan lebih 30 Urusetia yang juga melibatkan guru-guru.

Bagi perlaksanaan Tuisyen SAYANGI LENGGONG 2021/2022 ini ia melibatkan 582 Pelajar Tingkat 5 daripada sekolah:

a. SMK Sultan Azlan Shah Lenggong
b. SMK Tan Sri Abdul Aziz Lenggong
c. SMK Dato Ahmad Lenggong
d. SMK Kenering, Lenggong
e. SM Tahfiz Perak Darul Ridzuan Lenggong
f. SMK Seri Budiman Gerik
g. SMK Sultan Idris Shah 11 Gerik
h. SM Tahfiz Air Jernih Gerik
I. SMK Gerik, Gerik

Pusat Khidmat MP Lenggong, LEAD Lenggong, & Persatuan Pendidikan Lestari Daerah Lenggong adalah badan bersama melaksanakan program ini.

Hari saya melancarkan program ini untuk 2021/2022 di Dewan Merdeka Lenggong. Hadir sama ialah YDP Majlis Daerah Lenggong dan Pengetua Pemgetua Sekolah Dalam Kawan Parlimen Lenggong.

Saya ucapan terima kasih kepada Cikgu Yusof Ahmad, Cik Satariah Mohamad, Cikgu Ishak Hassan Basri dan pasukannya serta semua guru yang bekerja secara sukarela terutama PPD Hulu Perak dan Pengetua Sekolah yang terlibat.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help