Program Tuisyen Sayangi Lenggong Masuki Tahun Ke-10

December 29, 2021

PETALING JAYA: Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dengan kerjasama Pejabat Pemdidikan Daerah Hulu Perak, sekolah menengah dan sekolah tahfiz dalam kawasan Parlimen itu menganjurkan Program Tuisyen Sayangi Lenggong bagi tahun ke-10.

Ahli Parlimen itu, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, program yang bermula sejak 2013 itu dilaksanakan olehnya dengan melibatkan pelajar daripada semua sekolah menengah dalam kawasan Parlimen tersebut.

“Tuisyennya yang dinamakan Seminar Anak Cemerlang dijenamakan semula dengan Tuisyen Sayangi Lenggong untuk tahun 2022. Sejak dimulakan melalui Lenggong Leadership Program (Lead), sejumlah RM240,000 telah dibelanjakan untuk tuisyen itu yang melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima sekolah menengah termasuk sekolah tahfiz dalam kawasan Parlimen Lenggong.

“Program itu melibatkan lebih 200 guru sebagai tenaga pengajar dan lebih 30 urusetia yang juga melibatkan guru,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial di Facebook.

Menurut beliau, pusat khidmat ahli Parlimen Lenggong, LEAD Lenggong dan Persatuan Pendidikan Lestari Daerah Lenggong adalah badan bersama melaksanakan program itu.

“Bagi perlaksanaan Tuisyen Sayangi Lenggong 2021/2022 ini, ia melibatkan 582 pelajar tingkatan lima dari SMK Sultan Azlan Shah Lenggong, SMK Tan Sri Abdul Aziz Lenggong, SMK Dato Ahmad Lenggong, SMK Kenering, Lenggong, dan Sekolah Menegah Tahfiz Perak Darul Ridzuan Lenggong.

“Selain itu, SMK Seri Budiman Gerik, SMK Sultan Idris Shah 11 Gerik, Sekolah Menengah Tahfiz Air Jernih Gerik dan SMK Gerik, Gerik,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/program-tuisyen-sayangi-lenggong-masuki-tahun-ke-10/

Suara Perak: https://www.suaraperak.my/program-tuisyen-lenggong-masuki-tahun-ke-10/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-tuisyen-lenggong-masuki-tahun-ke-10

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help