Program Temujanji Rakyat Parlimen Lenggong
March 15, 2020
Program TEMUJANJI RAKYAT Parlimen Lenggong merupakan rutin saya jika berada dikawasan. Sebagai wakil rakyat kita mesti terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat walau ada keadaan sekali pun kerana ia adalah amanah rakyat kepada kita.
Selain di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, saya juga menggunakan Van sebagai pejabat bergerak saya. Ini program biasa saya sebagai Ahli Parlimen Lenggong.