Program Sentuhan Prihatin Kesihatan Di Negeri Sembilan
NEGERI SEMBILAN – Sekretariat Wanita Profesional UMNO Malaysia telah menganjurkan Program Sentuhan Prihatin Kesihatan di Dewan Terbuka Kampung Panchor, bersebelahan Balai Raya Kampung Panchor pada Selasa.
Program tersebut diketuai oleh Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional, Dr. Masliha Harun yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia dan seorang pengamal perubatan. Beliau dibantu oleh Dr. Aaron Kong dan Dr. Fareed dalam mengendalikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk setempat.
Program berkenaan merangkumi dua komponen utama iaitu pemeriksaan kesihatan percuma di Dewan Terbuka Kampung Panchor serta ziarah kesihatan ke rumah pesakit uzur dan strok di sekitar kawasan tersebut.
Datin Seri Hamisah Hussein, isteri Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, turut menyertai program tersebut dan berkunjung ke rumah mereka yang memerlukan rawatan kesihatan.
Program ini turut mendapat penyertaan barisan pimpinan Wanita UMNO Malaysia antaranya Ketua Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu, Dato’ Latheefah Ali iaitu Exco Wanita UMNO Malaysia merangkap Ketua Wanita UMNO Seremban, Ketua Wanita UMNO Negeri Kedah serta Pengerusi Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia.
Kehadiran ramai pimpinan Wanita UMNO Malaysia mencerminkan komitmen sayap wanita parti tersebut dalam menyantuni rakyat melalui pendekatan kesihatan dan kebajikan di peringkat akar umbi.

