Program Sayangi Lenggong Bersama Puteri UMNO Bahagian Lenggong
LENGGONG – Program Sayangi Lenggong telah dilaksanakan di Kampung Lenggong pada Khamis dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lenggong.
Program tersebut disertai oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Lenggong bersama barisan pimpinan pergerakan itu, manakala isteri Ahli Parlimen Lenggong, Datin Hamisah Hussin turut hadir menerajui pelaksanaan program berkenaan.
Program Sayangi Lenggong merupakan inisiatif kebajikan keluarga Ahli Parlimen Lenggong merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang dilaksanakan secara berkala bagi menyantuni penduduk serta mengeratkan hubungan silaturahim antara jentera parti dengan masyarakat di kawasan Parlimen Lenggong.
Penglibatan aktif Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lenggong dalam program ini mencerminkan komitmen sayap parti tersebut terhadap agenda kebajikan rakyat di peringkat akar umbi, sejajar dengan aspirasi kepimpinan kawasan dalam memastikan setiap lapisan masyarakat terus diberikan perhatian.

