Program Sayangi Lenggong: 10,000 Individu Akan Ditemui & Menerima Sumbangan
LENGGONG – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama Ketua, Naib Ketua serta Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Lenggong di Pusat Operasi LEAD Lenggong pada 18 Mei 2026, jam 10.00 pagi.
Menurut beliau, mesyuarat berkenaan turut memberi fokus kepada usaha memperkukuh gerak kerja dan kekuatan UMNO serta Barisan Nasional di Parlimen Lenggong. Dalam sesi tersebut, beliau turut mendengar laporan kegiatan semasa Wanita UMNO Bahagian Lenggong dan mengadakan perbincangan berhubung perancangan program serta penyelarasan pelaksanaan di peringkat akar umbi.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan seramai 10,000 individu akan ditemui dan diberikan sumbangan menerusi Program Sayangi Lenggong. Katanya, pelaksanaan peringkat awal akan melibatkan 1,300 individu dan akan digerakkan melalui Wanita UMNO Bahagian Lenggong.
Beliau berharap pelaksanaan program itu dapat dilaksanakan secara tersusun dan berkesan bagi memastikan sumbangan serta bantuan yang dirancang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan mengikut keutamaan.

