Datin Seri Hamisah Hussin Santuni Balu & Isteri Veteran ATM Lenggong
LENGGONG – Datin Seri Hamisah Binti Hussin, isteri kepada Ahli Parlimen Lenggong, telah menghadiri Majlis Persatuan Serikandi Balu dan Isteri Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Daerah Kecil Lenggong yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan mesra.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan Majlis Kesyukuran Sambutan Maulidul Rasul 1447 Hijrah yang diisi dengan bacaan Yasin dan tahlil, anjuran Persatuan Srikandi PVATM Daerah Lenggong. Program ini bukan sahaja mempererat silaturahim antara ahli persatuan, malah menjadi wadah untuk memperingati jasa serta pengorbanan para veteran ATM dan keluarga mereka.
Dalam majlis tersebut, Datin Seri Hamisah Binti Hussin turut menyampaikan sumbangan kepada para balu dan isteri veteran sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral kepada mereka. Kehadiran beliau memberikan suntikan semangat, di samping menzahirkan penghargaan atas peranan mereka dalam membina masyarakat yang harmoni dan berdaya tahan.

