Program MEKAR Komuniti Sempena Hari Pendaftaran Negara 2025 Di Lahad Datu Sabah
LAHAD DATU, 18 Oktober 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri menghadiri Program MEKAR Komuniti sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara 2025 yang diadakan di Kampung Sri Darun, Lahad Datu, Sabah.
Program anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini memberikan peluang kepada penduduk luar bandar untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan penting seperti permohonan dan penggantian MyKad, cabutan sijil lahir serta khidmat nasihat pendaftaran tanpa perlu ke pejabat JPN.
Inisiatif MEKAR dilaksanakan secara berterusan di seluruh Sabah bagi memastikan tiada rakyat tercicir untuk menerima hak dan kemudahan asas termasuk manfaat inisiatif BUDI95 yang memerlukan pengesahan cip MyKad aktif.
Setakat ini, JPN Sabah telah melaksanakan lebih 130 program MEKAR dengan ribuan penduduk menerima dokumen pengenalan diri dan khidmat nasihat.
Kementerian Dalam Negeri terus komited untuk memperluas akses perkhidmatan kepada rakyat, khususnya di kawasan pedalaman, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#KDNSejahteraMADANI
#KDNReformasiMADANI
#JabatanPendaftaranNegara

