Program Mahabbah Ramadan Di Perkarangan Masjid Kg Belum Baru Lenggong

April 1, 2024

Program MAHABBAH RAMADAN dianjurkan Pusat Khidmat MP Lenggong Bersama KEMAS Lenggong diteruskan hari ini Di Perkarangan Masjid Kampung Belum Baru Lenggong.

Dirasmikan oleh Isteri YB Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, ia turut dihadiri Naib Ketua Wanita UMNO bahagian Lenggong, Pegawai KEMAS Daerah Hulu Perak, Pn Zanariah Din Pegawai Kemas Lenggong serta anggota KEMAS Kawasan Parlimen Lenggong.

Lebih 1000 ibubapa penjaga dan warga emas terlibat dalam program ini yang dilalsanakan sebanyak 8 siri sepanjang ramadan ini. Dan ini merupakan siri terakhir sempena Ramadan tahun ini.

Isteri YB Ahli Parlimen Lenggong yang terlibat secara langsung dalam program ini berkata, MAHABBAH RAMADAN akan dijadikan acara tahunan bersama KEMAS Lenggong dan pastinya penambahbaikan akan dilakukan pada program akan datang.

Beliau merakamkan penghargaan kepada KEMAS Lenggong yang menjadi penyelaras dan pengerak utama program ini.

Selain daripada itu beliau akan berbincang dengan YB Ahli Parlimen Lenggong bagi mengadakan MAJLIS ILMU yakni berbentuk Modal Insan bagi membolehkan program secara berterusan dapat diadakan selepas ini. Ini penting supaya pelbagai program dapat di lakukan di Kawasan Parlimen Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help