Program Lenggong Youth Leaders Tawar Aktiviti Menarik
LENGGONG – Program Lenggong Youth Leaders yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Lenggong (LEAD Lenggong), Majlis Pelancongan Lenggong, dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong kini dibuka kepada anak muda di kawasan Parlimen Lenggong.
Program ini menawarkan empat pakej aktiviti menarik secara PERCUMA (dengan minimum 8 peserta setiap kumpulan). Anak muda boleh memilih salah satu daripada aktiviti berikut:
1. Menaiki bot di Geotrail Tasek Raban dan lokasi lain
2. Meneroka gua-gua di Kompleks Bukit Kepala Gajah dan gua-gua lain
3. Berbasikal ke Bukit Bunuh, Muzium Arkeologi Lembah Lenggong, Galeri Lenggong Geopark dan lokasi lain
4. Mendaki Gunung Pulut di Kg Tawai Gerik
Program ini khas untuk anak muda yang tinggal di kawasan Parlimen Lenggong sahaja. Mereka yang berminat boleh menghubungi Shamin di +60105618969 atau Intan di +601161542125 untuk penyertaan.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar, turut meluangkan masa bersama 30 orang anak muda Lenggong menaiki bot dari Kg Beng ke Tasek Raban sebagai sebahagian daripada percubaan program Lenggong Youth Leaders.
Untuk maklumat lanjut atau penyertaan, sila hubungi nombor yang tertera dan sertai pengalaman kepimpinan serta pengembaraan unik di Lenggong!

