Program Lawatan Akademi Perkukuh Aspirasi Lenggong Sebagai Pusat Pendidikan Terbuka

April 3, 2026

LENGGONG – Lawatan Akademi ke kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO diadakan pada 2 April 2026 di bawah Program Lenggong Dialog 2026.

Program itu dianjurkan secara bersama oleh Majlis Pelancongan Lenggong, Badan Pengurusan Lenggong Geopark dan Geokomuniti Lenggong Geopark, dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Pejabat Daerah Lenggong serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong.

Matlamat utama penganjuran lawatan berkenaan adalah untuk menjadikan kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark sebagai “Lenggong Pusat Pendidikan Terbuka”, selain memperkukuh peranannya sebagai lokasi pembelajaran dan rujukan berasaskan komuniti.

Lawatan itu turut disertai pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), termasuk:

1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Sains Malaysia (USM)
5. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
10. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
11. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13. Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA)
14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
15. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
16. Universiti Islam Selangor (UIS)
17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
18. Sunway University
19. Taylor University
20. Quest University

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help