Program Lawatan Akademi Lenggong UNESCO Perkukuh Kerjasama Universiti

April 2, 2026

LENGGONG – Seramai wakil daripada 20 universiti awam, termasuk universiti serta institusi pendidikan swasta, menyertai Lawatan Akademi ke kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO yang berlangsung bermula 1 hingga 2 April 2026. Lawatan ini merupakan usaha berterusan untuk memperkenalkan Lenggong secara lebih menyeluruh selaras dengan pengiktirafan UNESCO, di samping menggerakkan inisiatif menjadikan Lenggong sebagai Pusat Pendidikan Terbuka kepada universiti.

Sempena penganjuran program tersebut, Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra turut diadakan bersama Majlis Penandatanganan Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Badan Pengurusan Lenggong Geopark. Majlis berkenaan berlangsung pada 1 April 2026, jam 9.00 malam di Resort Tasik Raban, Lenggong.

Lawatan Akademi ini dianjurkan bersama oleh Majlis Pelancongan Lenggong, Badan Pengurusan Lenggong Geopark, Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong serta Majlis Daerah Lenggong, dengan kerjasama 23 universiti awam dan swasta di seluruh negara. Penganjuran tersebut memberi tumpuan kepada pemahaman lebih mendalam tentang nilai warisan geologi, budaya dan sejarah Lenggong, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dengan pihak pengurusan geopark serta komuniti setempat.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak. Program ini turut dihadiri beberapa naib canselor universiti dan wakil universiti, selain ahli akademik daripada 23 institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, agensi berkaitan serta pimpinan komuniti di kawasan Lenggong Geopark.

Dalam masa yang sama, inisiatif menjadikan Lenggong sebagai Pusat Pendidikan Terbuka (PPT) turut diketengahkan sebagai hala tuju strategik untuk memperluas peranan geopark sebagai ruang pembelajaran. PPT yang dicadangkan dilaksanakan sebagai sistem pembelajaran berasaskan landskap dan komuniti yang menggunakan tapak di sesebuah wilayah, iaitu kawasan Lenggong Geopark, sebagai ruang pembelajaran langsung atau living classroom tanpa kebergantungan kepada bangunan tertutup sebagai elemen utama.

Konsep PPT turut dihuraikan bukan sebagai sebuah bangunan, sebaliknya satu ekosistem pembelajaran hidup yang memanfaatkan landskap, komuniti dan ilmu sebagai teras pendidikan. Dalam konteks UNESCO Global Geopark, PPT berfungsi sebagai platform pendidikan tidak formal dan separa formal yang mengintegrasikan pendidikan, penyelidikan, pemindahan ilmu serta pemerkasaan komuniti, selaras dengan prinsip pembangunan lestari dan perlindungan warisan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help