Program Jalinan Mesra Bersama Rakyat Di Kg Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri

April 4, 2024

Program Jalinan Mesra Bersama Rakyat di Kampung Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri di SK Beng, Lenggong, Perak.

Kampung Angkat MADANI merupakan program bawah Dana Komuniti MADANI (DKM) yang bertujuan untuk membantu komuniti desa memulakan projek ekonomi sendiri. Sejumlah dana telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pelaksanaan program ini yang memberikan peluang kepada komuniti untuk menentukan projek ekonomi sendiri yang ingin dibangunkan oleh mereka. Kampung Beng Lenggong Perak ini merupakan Kampung Angkat MADANI bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri.

Yang turut hadir ialah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Encik Mohd Noor Azam bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong dan ketua-ketua jabatan serta pengurusan tertinggi KDN.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help