Program Ibadah Korban Tahun 2024 Anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan KDN

June 20, 2024

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan program Ibadah Korban 2024 dengan tema ‘Korban Dihayati, Rezeki Dikongsi’ yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Raub, Pahang.

Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat tahunan KDN dan AADK untuk menyantuni dan berkongsi rezeki bersama warga kerja, klien dan penduduk setempat dalam meraikan kemuliaan sambutan Aidiladha.

Menerusi program ini, sebanyak 37 ekor Lembu dan seekor Kambing dikorbankan membabitkan 24 buah PUSPEN di seluruh negara termasuk lima ekor Lembu dikorbankan di PUSPEN Raub.

Turut hadir YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, YDH DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, Puan Siti Mariam binti Musidan, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan, dan Pemulihan AADK, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai Bahagian dan Agensi.

#KeselamatanTanggungjawabBersama #MalaysiaMadani #KDNMadani #KementerianDalamNegeri

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help