Program Hari AADK Bertemu Masyarakat
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana AADK mengadakan Program Hari AADK Bertemu Masyarakat Bersama YB TMDN di Dataran Tasik Sandarhulu, Lenggong, pada hari ini.
Sebagaimana yang kita ketahui, penglibatan semua pihak adalah amat mustahak dalam menangani isu penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang. Tanpa komitmen dan iltizam setiap ahli masyarakat, kita tidak akan berjaya memerangi dadah yang telah wujud selama 40 tahun dan menjadi musuh nombor satu negara.
Walaupun berbagai inisiatif dan pendekatan telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan, kita masih belum berjaya secara sepenuhnya mengatasi penyakit yang membelenggu rakyat negara kita tanpa mengenal kaum, bangsa dan juga agama.
Jadi usaha membendung masalah dadah memerlukan sokongan dan pendekatan yang lebih praktikal dan berkesan disamping dapat menarik minat semua golongan untuk lebih cakna terhadap bahaya penyalahgunaan dadah. Penglibatan dan komitmen semua pihak perlu terus diperkasa sehingga menjadi benteng yang kukuh supaya ancaman dadah ini tidak terus menceroboh ke dalam entiti keluarga, komuniti mahupun negara.
Perlaksanaan program serta aktiviti yang melibatkan kerjasama serta komitmen pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan memberi impak yang lebih efektif dalam membantu usaha Kerajaan dalam menangani masalah berkaitan dadah.
Kerjasama jabatan dan agensi yang diterjemahkan pada program seperti Hari AADK Bertemu Masyarakat di Dataran Sandarhalu pada hari ini diharap dapat memberi kesan yang positif kepada kita semua.
AADK menganggarkan 1.09 rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti penagihan dadah dan daripada jumlah itu, seramai 1,051,712 adalah lelaki manakala wanita pula berjumlah 45,696. Lebih membimbangkan, kebanyakan golongan yang terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat ini adalah golongan bejlia yang berumur 15 hingga 29 tahun.
Dapatan Kajian oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020 menunjukkan bahawa setiap 100 orang belia di negara ini, 6 orang mengaku pernah mengambil dadah, manakala 4 orang mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan. Selain itu, data juga menunjukkan daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 60 peratus masih tinggal bersama keluarga. Ini yang amat membimbangkan semua pihak dan memerlukan tindakan kolaboratif baik Kerajaan, pihak berkuasa lain, pemimpin masyarakat, NGO dan keluarga.
Justeru itu, aktiviti yang bersesuaian dan tepat perlu digerakkan bagi memastikan tindakan seperti pencegahan awal dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti penagihan dapat dibendung. Selain itu, aktiviti yang bersifat ‘in trend’ juga boleh difikirkan AADK untuk menarik minat penglibatan golongan belia antaranya program amalan gaya hidup sihat seperti Program Ride Against Drugs 3.0 @ Lenggong yang diadakan seperti hari ini.
Penyertaan golongan belia ke dalam sukarelawan SKUAD Antidadah juga dilihat amat sesuai sekali gus dapat melatih mereka untuk menggerakkan kumpulan sasar ini yang terdiri daripada rakan-rakan mereka untuk melaksanakan program-program bersifat kempen kesedaran awam yang boleh mengambil langkah pencegahan penagihan dadah.
Jaringan kolaborasi dengan entiti-entiti berasaskan komuniti seperti Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), Pembimbing Rakan Sebaya dan Mentor Kepulihan AADK yang terdiri daripada bekas-bekas klien AADK yang berjaya kekal pulih sepenuhnya antara usaha yang boleh kita teruskan dan perluaskan.
Pada hemat saya, mereka mempunyai pengalaman dan cara yang tersendiri untuk memberitahu kepada semua pihak berkenaan dengan kesan penagihan dadah ataupun substan. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri mereka, malah turut menjejaskan institusi keluarga, jiran tetangga dan komuniti setempat.
Saya ucapkan syabas dan tahniah atas komitmen semua pihak yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis pada ini. Semoga dengan penganjuran program ini dapat dijadikan sebagai satu medan bagi menunjukkan semangat permuafakatan kita semua dalam menangani gejala permasalahan dadah, semoga segala ikhtiar dan usaha kita semua diberi ganjaran dan keberkatan oleh Allah.
sepanjanag HARI AADK BERTEMU MASYARAKAT Di Tasek Sendarhalu Kg Luat Lenggong, Perak ini diadakan pelbagai acara :
a. Pameran Jabatan Dan Agensi Kerajaan
b. Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara
c. RIDE AGAINST DRUGT 3.0 LENGGONG
( Lebih 400 peserta terlibat )
c..Melepaskan anak anak ikan di Sungai Perak Kg Chepor Lenggong
d. Pertandingan Melukis Kanak kanak TABIKA Kemas Lenggong.
e..Pertandingan Futsall Belia Lenggong.
f. Lawatan rumah rumah Klien AADK
dan sebagainya.
Lebih 3000 peserta dan orang ramai hadir serta menyertai program ini.
YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN)
……..
HADIR DALAM PROGRAM INI :
Yang Berusaha Tuan Sutekno Ahmad Belon
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan
Yang Berusaha Tuan Zainuddin Abdullah
Pengarah Bahagian Pencegahan AADK
Yang Berusaha En. Mohd. Azizi bin Salleh
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Perak
Ketua Polis Daerah Gerik
Penolong Pegawai Daerah Kecil Lenggong
Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Daerah
Penghulu Penghulu Mukim Di Lenggong
Wakil-wakil Pertubuhan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Para Pengerusi Masjid dan Pemimpin Masyarakat Kampung-Kampung Dalam Parlimen Lenggong