Program Community Policing IPD Gerik & Majlis Ramah Mesra Masyarakat India Di Kg Ramasamy

November 2, 2025

GERIK – Program Community Policing anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bersama Majlis Ramah Mesra Masyarakat India telah berlangsung dengan lancar di Kampung Ramasamy. Program ini bertujuan untuk mempererat hubungan antara pihak polis dan komuniti setempat, khususnya masyarakat India di kawasan tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Polis Daerah Gerik yang menekankan kepentingan kerjasama antara polis dan masyarakat dalam memastikan keselamatan dan keharmonian kampung serta diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada penduduk setempat yang disampaikan oleh YB Shamsul Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong. Sumbangan ini merupakan tanda sokongan dan keprihatinan terhadap masyarakat di Kampung Ramasamy.

Penduduk Kg Ramasamy menyambut baik inisiatif ini dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Kerjasama erat yang terjalin diharapkan dapat memperkukuh perpaduan dan mewujudkan suasana harmoni dalam komuniti.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help