Kenyataan Media: PRN Johor – Kita Mahu Kestabilan

January 24, 2022

PRN JOHOR – KITA MAHU KESTABILAN

Setelah merangka Manifesto PH PRU14 yang ternyata gagal dilaksana. Ketua Penerangan BERSATU yang juga gagal membawa PTPTN ke tahap yang lebih baik ” bersangka jahat ” apabila tidak berhenti henti menggunakan istilah “kluster makamah”.

Menuduh PRN Johor diadakan sebagai cara untuk melarikan diri daripada dipenjarakan dan dilakukan oleh orang terdesak yang kemaruk kuasa dan takut penjara.” Adalah kenyataan tidak berasas dan kehabisan modal.

Kenyataanya tiada lain hanya dengan niat mahu menimbulkan kemarahan rakyat kepada UMNO BN ekoran pembubaran DUN Negeri Johor.

Faktanya DUN Johor dibubarkan atas perkenan Tuanku Sultan Johor setelah dipersembahkan oleh YAB Menteri Besar Johor sesuai dengan Undang Undang Negeri Johor. Pasti keputusan dibuat setelah mengambil kira pelbagai perkara. Kerana itu memberikan gambaran kononnya DUN Johor dibubar atas desakan ” Kluster Makamah” sangat tidak wajar.

UMNO BN adalah parti yang utamakan kepentingan rakyat. Kita tidak membuat keputusan atas kepentingan individu. Rakyat Negeri Johor memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat.

Membubarkan DUN Johor yang akhirnya membawa kepada PRN Johor adalah gambaran bertanggungjawabnya UMNO BN dengan menyerahkan kembali kuasa memilih kepada rakyat agar rakyat Johor dapat menentukan kerajaan yang benar benar memimpin Negeri Johor diatas mandat sebenar daripada rakyat. Yakni kerajaan yang rakyat inginkan.

Kerana itu BN UMNO tidak membuat keputusan tanpa penelitian mendalam. Mandat diperolehi dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor setelah mendapat pandangan MT UMNO adalah bukti kesepakatan diperolehi sebelum suatu keputusan dibuat. Ini dalil yang samasekali menolak apa yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan BERSATU.

Bila Ketua Penerangan BERSATU berkata ” Politik Johor stabil… Tiada sebab langsung untuk mengadakan pilihan raya, kecuali nafsu segelintir orang dalam Umno “. Itu pandangan singkat beliau.

Realitinya apabila kematian ADUN Kempas (BERSATU) pada Disember 2022 lalu, kedudukan Kerajaan BN + PN Johor sangat rapuh. Keadaan ini menambah ketidakstabilan Kerajaan BN + PN di Johor.

Daripada 56 kerusi. Untuk mendapat majoriti mudah ialah 29 kerusi.Hari ini (sebelum dibubarkan), kerajaan Johor ada 28 kerusi (BN + PN) manakala PH memiliki 27 kerusi.

Bayangkan sekiranya berlaku undian penting dan kedudukan undiannya sama (Seri), maka Speaker DUN berhak mengundi. Tentu Kerajaan BN + PN Johor menghadapi kesukaran kerana Speaker merupakan wakil dari parti Amanah.

Biarpun Ketua Penerangan BERSATU kata kerajaan ini stabil namun keadaan kerajaan sebegini tidak memberikan keyakinan kepada pelbagai pihak yang lain.

Johor Negeri yang strategik di Selatan Semenanjung Malaysia. Mesti punyai kerajaan negeri yang stabil kerana saingan Johor adalah Singapura. Bagaimana ekonomi mahu berkembang baik jika situasi politik begini ? Ruginya ialah rakyat.

Justeru itu,

Menyerahkan kembali mandat kepada rakyat adalah tindakan bertanggungjawab UMNO BN. UMNO BN mahu rakyat Johor memilih dan menentukan kerajaan pilihan rakyat. Ini penting agar semua pihak akan berkeyakinan dengan kerajaan yang dibentuk daripada mandat dan kuasa rakyat.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help