PRN Johor 2026: Kemenangan Solo BN Bukti Rakyat Bersama Kita

July 13, 2026

“Terus bekerja untuk rakyat. Yakinlah, jika kita bersama rakyat, rakyat akan sentiasa bersama kita.”

Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak secara solo yang akhirnya membawa kepada kemenangan di 48 kerusi merupakan satu langkah yang amat tepat. Kejayaan ini mencerminkan kepada seluruh rakyat akan kesungguhan kepimpinan BN dalam menentukan hala tuju parti serta memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat.

Langkah ini juga menunjukkan bahawa BN memahami realiti sebenar sentimen dan suara rakyat, termasuk penolakan sebahagian besar pengundi Melayu serta majoriti rakyat terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Walau bagaimanapun, setelah mencipta kemenangan besar ini, BN mesti terus memperkukuhkan perpaduan parti, terus bekerja keras, mendengar suara dan kehendak rakyat, serta meneruskan usaha membina kepercayaan rakyat melalui dasar yang berpaksikan kestabilan, kesederhanaan, serta kepentingan rakyat dan negara.

Paling utama, kita perlu sentiasa mengingati bahawa kemenangan ini bukan jaminan untuk menang dengan mudah dalam PRN Negeri Sembilan, PRN Melaka mahupun PRU-16 yang akan datang. Justeru, kekalkan prestasi yang cemerlang dan kepada mereka yang diberikan amanah, pastikan rekod pentadbiran sentiasa berpaksikan kepentingan rakyat kerana rakyat cenderung dan sentiasa menilai kita. Maka, jangan sesekali kita alpa dengan kemenangan besar ini.

Yang mustahaknya, kepercayaan rakyat perlu dipelihara dengan penuh tanggungjawab. Mandat yang diberikan adalah satu amanah yang besar. Mengekalkan sokongan rakyat memerlukan prestasi yang baik, integriti yang tinggi, dan komunikasi yang berkesan dengan rakyat.

Justeru, PRN Johor 2026 wajar dilihat sebagai pembakar semangat dan panduan dalam merangka strategi ke hadapan. Kemenangan di pilihanraya berikutnya bergantung kepada kemampuan parti mengekalkan prestasi, memahami kehendak rakyat, dan terus menawarkan penyelesaian yang meyakinkan.

YB DATUK SERI DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
13 Julai 2026

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help