Politik Sudah Berubah, UMNO Perlu Bijaksana Hadapi Cabaran

May 2, 2024

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Minggu kedua Persidangan UMNO Cawangan-cawangan seluruh negara kian rancak dengan masing-masing melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai ahli parti sebaiknya.

Pucuk pimpinan pelbagai peringkat pula dijemput untuk merasmikan persidangan berkenaan dengan ucapan kata-kata semangat dalam usaha memastikan ahli di peringkat akar umbi terus utuh melayani bahtera parti.

Tidak ketinggalan ahli-ahli UMNO di Kuala Kubu Baharu walaupun sibuk dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan, rutin tahunan parti tetap dilaksanakan sebaiknya dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjadi tetamu undangan bagi merasmikan persidangan serentak UMNO Cawangan Kuala Kubu Baharu dan Cawangan Bandar Juta.

Dalam ucapannya, Dr Shamsul Anuar yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri mengingatkan bahawa politik hari ini sudah berubah dan UMNO perlu bijaksana menyesuaikan diri bagi memastikan institusi parti terus diperkukuhkan.

“Politik sudah berubah, keadaan tidak sama lagi. UMNO mesti bijasana menyesuaikan dirinya dalam keadaan yang sudah berbeza. Apa yang penting prinsip perjuangan UMNO kekal malah demi masa depan parti kita perkukuhkan lagi bagi situasi cabaran yang semakin luarbiasa,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Turut serta pada masjlis perasmian berkenaan Ketua UMNO Hulu Selangor, Isa Abu Kasim serta Ketua-ketua UMNO Cawangan yang terlibat serta kepimpinan UMNO bahagian yang berkenaan.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya berharap ahli-ahli parti terus istiqamah dalam menghadapi gelombang serta cabaran yang pelbagai dan apa yang penting prinsip perjuangan parti terus tersemat.

“Insya-Allah… saya harap kita terus kekal bersama dan teguh dengan prinsip-prinsip perjuangan parti sejak sekian lama. Sama-sama kita kukuhkan perjuangan dan langkah untuk terus mengorak langkah ke depan,” ujarnya.- UMNO Online

Sumber: https://umno-online.my/2024/05/02/politik-sudah-berubah-umno-perlu-bijaksana-hadapi-cabaran-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help